Sejarah X-Factor (kumpulan)

Kumpulan X-Factor merupakan kumpulan penyanyi lelaki pertama diambil oleh KRU Records. Pada tahun 1999, 5 orang jejaka dipilih selepas menjalani ujibakat selama setahun.

Kumpulan X-Factor mula pertama kali muncul dengan berduet dengan kumpulan ELITE dalam lagu Bertuah dari album Idola. Kebanyakan anggota X-Factor telah pun bekerja sepenuh masa. Danny, anggota yang bekerja sepenuh masa dlm industri hiburan, sekarang terbabitdalam industri perfileman.

Album pertama, X-Factor, dilancarkan pada April 2000, mengandungi hit. Single pertama: Sehangat Api. Diikuti oleh lagu hit seperti 7231564, sehingga ke akhir hayatku, kau tetap nombor satu, tiada sesempurnamu dan sebagainya.

Ivarn memeluk agama Islam, menukar nama ke Hafiz. Pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi tahun 2000, mereka dicalonkan untuk kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH)